Soalan Lazim (2)

soalan yang lazim ditanya

Umum

1) Adakah asrama disediakan dan adakah pelajar disediakan tempat tinggal sepanjang pengajian?
Ya, MJII menyediakan asrama dan pelajar akan ditempatkan di kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian.

2) Apakah kemudahan hotel yang berdekatan dengan MJII?
 
Penginapan Kadar  Jarak     No. telefon
MJII

Asrama:
RM10 (MARA)
RM15 (Bukan MARA)

Rumah Tamu :
RM100 (MARA)
RM150 (Bukan MARA)

 

- 03-87249355/44
Hotel D'View Inn   1 km 03-87235636
Prescott Metro Inn   15 km 03-87375555
Allson Hotel Putra Nilai   22 km 06-67998888
Hotel Equatorial Bangi - Putrajaya   22 km 03-82102222

Akademik

1) Berapa kali MJII membuat pengambilan pelajar untuk setahun?
Jawapan: MJII membuat pengambilan dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai. Permohonan boleh dibuat melalui Laman Web Kemasukan http://upu.mohe.gov.my dan  http://online.mara.gov.my/UPIMOnline/ . Permohonn untuk pengambilan sesi Januari dibuka mulai September hingga Oktober, manakala pengambilan untuk sesi Julai bermula dari Mac hingga April.


2) Berapa jangkamasa pengajian?
Jawapan: Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (6 semester).


3) Adakah program yang ditawarkan sepenuh masa atau separuh masa?
Jawapan: Sepenuh masa sahaja.

4) Apakah peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi (ijazah dan sebagainya)

Jawapan: Pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke UniKL, IPTA serta keluar negara.

5) Adakah peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Jawapan: Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara dibawah Skim Graduan Cemerlang(SGC) MARA.

6) Adakah semua program pengajian di MJII mendapat pengiktirafan JPA?
Jawapan: Semua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s