WSC Intensive Training Programme

 

              WorldSkills Competition (WSC) 2015 adalah penganjuran kali ke 42 oleh WorldSkills International. Pada edisi yang ke 42 ini, WSC 2015 akan dipertandingkan di Anhembi Parque, Sao Paulo Brazil pada 11 hingga 16 Ogos 2015.

              Malaysia akan menyertai 19 bidang kemahiran daripada 42 bidang kemahiran yangn dipertandingkan. Salah satunya adalah elektronik. Bagi Bidang Elektronik Malaysia akan diwakili oleh saudara Muhammad Fauzan bin Abdul Hakim yang merupakan pelajar dari MARA-Japan Industrial Institute. Sebagai salah satu langkah persediaan beliau, Team Elektronik Malaysia berkolaborasi bersama Team Elektronik Indonesia dengan mengadakan program latihan intensif "Mock Competition" bagi menguji tahap kesediaan peserta kedua-dua negara. Hasil daripada program latihan tersebut dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua peserta untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan masing-masing sebelum menghadapi pertandingan pada Ogos nanti. Program latihan intensif ini akan diadakan pada 25 - 28 April 2015 bertempat di MARA-Japan Industrial Institute.

Team Elektronik Malaysia:
Pakar Negara: Muhamad Mukhlis bin Ahmad (MJII, Beranang)
Jurulatih Negara: Ahmad Sharifuddin bin Mamat (MJII, Beranang)
Jurulatih Negara: Mohd Yusuf bin Zulkefly (MJII, Beranang)
Jurulatih Negara: Adnan bin Shafie (ILP Kota Bharu)
Jurulatih Negara: Muhyi bin Yaakop (UNIKL-BMI)
Peserta Negara: Muhammad Fauzan bin Abdul Hakim (MJII Beranang)

Team Elektronik Indonesia:
Pakar Negara: Farid Rinanto (Matsushita Gobel Institute)
Timbalan Pakar Negara: Muhammad Sathiri (Matsushita Gobel Institute)
Peserta Negara: Rahamat Hidayat (Matsushita Gobel Institute)

 

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s