FRC 2015

Pada 8-9 Ogos 2015, MARA Japan Industrial Institute (MJII) telah menyertai pertandingan robotik, Fighting Robot Competition (FRC) 2015. Pertandingan yang diadakan di SMK Seri Kembangan, Selangor ini turut disertai oleh pelbagai institusi dari IPTA, IPTS, ILKA dan syarikat-syarikat persendirian dari seluruh negara. MJII telah mengambil bahagian dalam dua kategori iaitu RC Combat Robot (Open) dan Autonomous Sumo Robot (Open).

Bagi kategori Autonomous Sumo Robot, MJII telah menjadi juara setelah berjaya mendahului peserta dari UNITEN. UM berada di tempat ketiga dan diikuti oleh UIA yang berada di tempat keempat. MJII turut memperoleh anugerah khas dalam kategori ini iaitu Best Technology Award.

Pasukan MJII terus mara dengan dengan menjuarai bagi katogeri RC Combat Robot (Open), yang disertai oleh 58 pasukan. Tempat kedua adalah pasukan dari ILP Pasir Gudang, seterusnya tempat ketiga dan keempat, masing masing telah dimenangi oleh UTM dan ILP Bukit Katil. MJII turut memperolehi Best Design Award dalam kategori ini.
Keseluruhannya, pelajar yang mewakili MJII dalam pertandingan ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang pertandingan dan diharapkan, lebih banyak lagi pertandingan dapat disertai agar daya kreativiti dan inovasi dapat dibina dalam kalangan pelajar MJII.

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s