World Skill Competition 2015

World Skills Competition (WSC) adalah pertandingan peringkat antarabangsa dimana para belia dari seluruh dunia bertanding bagi mencari peserta terbaik di dalam bidang masing-masing. Dahulunya dikenali sebagai Skills Olympics, pertandingan dwi-tahunan tersebut telah pertama kalinya diadakan di Sepanyol pada 1946 dan Malaysia mula menyertai World Skills Competition pada tahun 1993, iaitu WSC yang ke 32.

Pada hari ini, World Skills Competition disertai lebih 50 negara dengan pertandingan meliputi 45 pelbagai bidang kemahiran seperti Welding, Beauty Therapy, Floristry, Mechatronics dan sebagainya.

World Skills Competition 2015 Sao Paulo, Brazil

Majlis Perasmian WorldSkills Competition 2015 telah diadakan di Ibirapuera “Geraldo Jose de Almeida” Gymnasium, Sao Paulo, Brazil pada 11 Ogos 2015.

Dalam bidang Elektronics Malaysia telah diwakili oleh pelajar dari MJII Beranang iaitu saudara Muhammad Fauzan Bin Abdul Hakim dan ditemani bersama pakar Malaysia dalam bidang tersebut yang juga merupakan tenaga pengajar MJII sendiri iaitu Encik Mohamad Mukhlis bin Ahmad.

Saudara Fauzan telah berjaya mendapat tempat ke-6 terbaik di dunia. Beliau telah berjaya berada dikedudukan terbaik (Top Ten) diantara 23 pesaingan dari pelbagai negara dan telah mendapat pingat kecemerlangan bagi bidang Elektronics. Syabas diucapkan kepada saudara Muhammad Fauzan Bin Abdul Hakim diatas kecemerlangan anda dan juga kepada kontinjen Malaysia yang lain.

layari :
www.skillsmalaysia.gov.my/competitions/world-skills-competition-wsc/
www.worldskillssaopaulo2015.com/en/
www.worldskills.org/


     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s