TEMASYA SUKAN PELAJAR KKTM, IKM & MJII SE-MALAYSIA KE-10

 

Temasya Sukan Pelajar KKTM, IKM & MJII Se-Malaysia Ke-10 (SPeKMa) 2015 kali ini berlangsung selama 4 hari bermula dari 7 hingga 10 September 2015 bertempat di MARA-Japan Industrial Institute Beranang. Fokus temasya sukan kali ini adalah semangat berpasukan dengan mempertandingkan 7 jenis sukan ‘outdoor’ dan 5 permainan ‘indoor’ dengan penglibatan 24 buah pusat KKTM/IKM & MJII.

Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton, ping pong, bola tampar, bola sepak, bola jaring, futsal, memanah, karom, catur, dart, sepak takraw dan Tarik tali. Lebih 2000 atlit, sukarelawan dan petugas terlibat untuk temasya sukan kali ini. Juara keseluruhan pada temasya kali ini adalah milik IKM Kota Kinabalu dengan merangkul 3 pingat emas melayakkan untuk menerima piala pusingan SPeKMa yang disampaikan oleh Pengarah BKT, Tuan Haji Roseli Dol.

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s