Hari sukan negara di MJII

 

Program “Fit Malaysia” ini sempena Hari Sukan Negara yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara dan telah direkodkan dalam “Malaysia Books of Record”. Di MARA Japan Industrial Institute (MJII) telah berjaya mengadakan program senaman arobik dan “Zumba” di dewan Hyugo. Pelajar semester 1 dan 2 serta beberapa pensyarah dan kakitangan pentadbiran juga turut hadir bagi menjayakan program ini.
“Insrtuktor”  dari “Nurwin Fitness Gym and Aerobic Studio” dari Bandar Baru Bangi telah dilantik dan dapat mengendalikan program ini dengan jayanya. Para pelajar serta kakitangan bersama-sama mengikuti senaman arobik dan “Zumba” ini dari awal hinggalah akhir program dengan gembira. Gerakkan yang rancak dan bertenaga dapat memeriahkan lagi suasana di dalam dewan. Terdapat anak-anak kakitangan yang turut serta memeriahkan lagi program ini.
Program senaman beramai-ramai ini adalah usaha yang sangat baik kerana, selain dapat melahirkan generasi belia yang sihat dan cergas, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan kakitangan. Suasana yang ceria juga dapat dilahirkan semasa senaman ini dilakukan sekaligus dapat mengelakkan daripada tekanan atau “stress” dikalangan pelajar dan juga kakitangan.
Secara ringkasnya, program “Fit Malaysia” sempena Hari Sukan Negara yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya dilaksankan di MJII.  Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s