Sambutan Awal Muharam MARA

PROGRAM SAMBUTAN AWAL MUHARAM MELALUI PENGAMALAN INTEGRITI DAN PENGHAYATAN WASATIYYAH MARA 2015

Program yang dianjurkan oleh Unit Integriti MARA, BUKM dan Puspanita dengan kerjasama MJII sebagai tuan rumah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dianjurkan dengan penglibatan daripada 1800 orang wakil dari semua intitusi MARA seluruh Malaysia ini berlangsung pada 27 Oktober 2015 di Dewan Hyogo MJII Beranang. Antara pengisian program adalah forum yang menampilkan beberapa orang panel selebriti TV seperti saudara Fadzli UNIC, saudari Heliza Helmi dan Ustaz Zamri (Mantop) membicarakan tentang isu integriti yang menjadi tema sambutan Awal Muharam peringkat MARA 2015 ini. Acara pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Hafiz Hamidun yang menyampaikan dua buah lagu yang cukup memukau penonton. Selain itu, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Nasyid Peringkat MARA 2015 yang dimenangi oleh Kumpulan Nasyid dari Negeri Selangor telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Zanudin bin Ab. Rahim, Timb. Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan).

gambar oleh fotomedia MARA : klik sini

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s