JCE 2016

 

Japanese cultural Event 2016 adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh MJII. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga MJII khususnya pelajar mengenai kebudayaan dan nilai-nilai murni masyarakat Jepun. Program ini juga bertujuan merapatkan ikatan silaturrahim dikalangan pelajar, sensei dan warga kerja MJII.

JCE 2016 telah diadakan pada 1 mac 2016 bersempena minggu sambutan Hari Mara ke 50 tahun. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 1 hari JCE adalah Sushi Workshop, Yukata Kitsuke, Origami and Kirigami Workshop, Sudoku, Mini Quiz, Jenga, Kendama, Hashi dan Japanese Game, Bengkel Bentou dan Takoyaki. Turut menyertai JCE 2016 adalah 12 orang pelajar pertukaran dari Okinawa, Jepun yang mengendalikan bengkel "okinawa clay art". "Nandemo ii" Contest merupakan acara kemuncak JCE di mana wakil pelajar dari setiap Jabatan dan OISCA mempersembahkan persembahan unik mereka yang bertemakan kebudayaan Jepun. JCE 2016 yang dirasmikan oleh Pengarah MJII, Pn Hajah Fadilah turut dihadiri oleh wakil MJHEP dan Presiden Dasar Pandang ke Timur (ALEPS) sebagai Juri.

 

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s