MJII RAIH 5 PINGAT EMAS, 4 PERAK DAN 1 GANGSA iCompeEx 2016

 

 

 

Jitra, 24 Mac – Pasukan Inovasi MARA Japan Industrial Institute Beranang (MJII) mengorak langkah  dalam arena rekacipta produk inovasi menerusi kejayaan luar biasa dalam pertandingan inovasi iCompeEx 2016 "Innovation and Invention Competition Through Exhibition" yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) bermula pada 22 – 24 Mac 2016. Sebanyak 10 projek inovasi yang dihasilkan daripada pasukan MJII  telah turut serta dalam memberi saingan kepada institusi-institusi pendidikan dan kemahiran peringkat kebangsaan. Hasil gabungan usaha yang gigih dikalangan para pelajar dan pensyarah yang terlibat akhirnya memberikan manfaat yang cukup berharga kepada seluruh warga MJII dalam memartabatkan institusi ini terus maju dan berdaya saing. Hal ini akan menambahkan lagi momentum keyakinan masyarakat luar terhadap sistem pembelajaran yang dilaksanakan di MJII.

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s