Hari Pendidik MJII 2016

Hari Pendidik MJII Beranang telah diadakan pada 20 Mei 2016 dan bertempat di Dewan Besar Hyugo, MJII. Majlis ini adalah sepenuhnya diurus oleh Majlis Perwakilan Pelajar MJII Beranang dan dibantu oleh beberapa orang staf. Pelbagai acara menarik diadakan seperti persembahan nyanyian, lakonan dan sebagainya dari kelas dan jabatan. Pelbagai kreativiti yang ditonjolkan oleh para siswa dan siswi dalam memeriahkan hari pendidik ini.

Banyak kejutan telah dibuat bagi para pendidik dan tidak lupa juga kepada staf. MPP juga ada membuat kejutan dengan memberi kek cawan kepada semua warga pendidik dan staf MJII juga menyediakan cabutan bertuah, mereka juga mengkategorikan beberapa anugerah untuk para sensei mereka diantaranya pengajar paling cantik dan hensome, pengajar paling tegas, pengajar paling sporting dan beberapa kategori lain lagi.

Majlis ini juga termasuk penyampaian sijil tamat pengajian kepada pelajar OISCA yang telah tamat kelas bagi bahasa Jepun dan akan ke Jepun bagi membuat latihan industry di sana. Syabas atas usaha dan kesungguhan yang telah dilakukan bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s