Perasmian Clean Room MJII

MAJLIS PERASMIAN CLEANROOM, JABATAN MIKROELEKTRONIK, MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE BERANANG

Tarikh:   29 September 2016 (Khamis)
Masa:   2:30pm – 4:45pm
Tempat:   Cleanroom, MJII
Perasmi:  Ybhg. Prof Emeritus Dato' Dr. Abu Azam Bin Md Yassin

Makmal Cleanroom telah siap sepenuhnya dan dicadangkan untuk diserahkan dari pihak Nanorian Sdn Bhd kepada pihak MARA selewatnya pada 29 September 2016. Makmal ini boleh mengendalikan tiga (3) kursus iaitu IC Fabrication and Process, IC Assembly and Packing Process, dan IC Measurement and Fault Analysis. Ketiga-tiga Kursus ini mempunyai alatan yang terkini dan berteknologi tinggi serta memerlukan staff akademik yang berkemahiran tinggi dalam bidang Semiconductor.

OBJEKTIF
i) Memastikan penyerahan Makmal Cleanroom dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak Pembekal kepada pihak MARA
ii) Menarik pihak Industri dan IPT seperti MIMOS, UM, UTeM semasa sesi Perasmian dan Penyerahan.
iii) Mempromosikan Makmal Cleanroom kepada pihak luar selain MARA.

JUSTIFIKASI
i) Makmal Cleanroom adalah makmal yang canggih, berteknologi tinggi dan mampu dikembangkan bukan sahaja dari segi akademik semata-mata tetapi bagi tujuan kajian peringkat tinggi.
ii) Majlis Perasmian Cleanroom ini perlu diadakan disebabkan reputasi makmal ini yang bukan sahaja akan memberi impak yang besar kepada MARA dari segi memberi pulangan sumber manusia yang berkualiti tinggi  tetapi mampu  membantu para pengkaji akademik yang bukan sahaja datang dari MARA, pihak Institusi Pengajian Tinggi dan Industri juga turut berpeluang menikmati kecanggihan makmal ini seterusnya dapat mengoptimumkan penggunaan  makmal cleanroom ini demi kebaikan bersama.
iii) Majlis Perasmian ini mampu menarik Industri luar dan pihak Insititusi Pengajian Tinggi untuk peka dengan wujudnya makmal ini pada masa yang sama majlis perasmian ini dapat mempromosikan bukan sahaja Jabatan  Mikroelektronik tetapi MARA Japan Industrial Institute Beranang Selangor ini sendiri.


Tentatif Perasmian Cleanroom, MJII
29 September 2016 (Khamis), MJII

2:10pm-2:20pm Semua Staff dan Pelajar Jabatan Mikroelektronik, MJII Mengambil Tempat
2:20pm-2:30pm VIP Mengambil Tempat
2:30pm-2:40pm Ketibaan VVIP
2:40pm2:45pm Lagu Negaraku dan Lagu MARA
2:45pm-2:50pm Bacaan Doa
                        Ucapan Aluan Pengarah MJII
                        Ucapan Ahli Majlis MARA
                        Montaj Perasmian Cleanroom
                        Perasmian Cleanroom dengan Tandatangan Plak
                        Lawatan ke Makmal Cleanroom
4:15pm-4:45pm Jamuan
4:45pm             Majlis Bersurai

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s