Johan MARATeX 2016

 

 

 

Tahniah Sensei Zaid Yaakob kerana telah mengharumkan nama MJII dalam MARATeX 2016. MARATeX 2016 adalah platform untuk penyertaan warga MARA bagi Anugerah Inovasi MARA (AIM) 2016 dan pertandingan-pertandingan inovasi peringkat dalam dan luar negara. MARATeX 2016 ini adalah program Unit Inovasi Dan Penyelidikan MARA dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Inovasi beliau iaitu aplikasi android Pro-Act House Check (PAHC) yang berfungsi membantu pembeli rumah baharu untuk tempoh tanggungan kecacatan (DLP) memenangi RM10,000 kategori perkhidmatan (Peringkat Idea Perniagaan) dan Johan Keseluruhan Anugerah Inovasi MARA 2016 bernilai RM20,000.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendegar penerangan dari Penerima Anugerah Khas Inovasi MARA 2016, MARA Japan Industrial Institute, Zaid Yaakob (kanan) turut serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (dua kiri) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Anugerah Inovasi MARA 2016 di Lobi Utama Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 NOVEMBER 2016.

 

 

 

 

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s