Perutusan Pengarah

 

Assalamu’alaikumwaRahmatullahiwaBarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
AhlanwaSahlanwaMarhabanBikum

  

Selamat datang ke Laman Web Rasmi MARA Japan Industrial Institute

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SAW di atas kejayaan MJIIBeranang mengwujudkan Laman Web Rasmi ini. Di mana ianya membolehkan pengguna dan pelawat medapat maklumat berkaitan dengan info pengajian yang ditawarkan di MJIIBeranang khususnya dan MARA secara amnya.

Pembinaan laman web Laman Web Rasmi MJIIBeranang ini bertujuan menyediakan tapak menyebarkan ilmu dan maklumat dengan lebih pantas melalui media massa iaitu internet. Adalah diharapkan dengan adanya Laman Web Rasmi ini dapat memberi berbagai kemudahan kepada pengguna, khususnya kepada warga pelajar dan juga masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran di peringkat diploma dan pendidikan kemahiran di samping memberi informasi kepada pengguna, aplikasi dalam talian, aduan pelanggan dan pautan-pautan yang berguna untuk semua.

Kepada semua kakitangan pentadbiran, akademik serta pelajar MJIIBeranang, bersama-samalah kita menjadikan MJIIBeranang ini sebuah institusi yang terkenal dan berdaya saing di mata dunia dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi supaya kecermerlangan akademik serta inovasi kemahiran terserlah demi menjadikan MJIIBeranang sebagai sebuah pusat yang disegani. Saya juga mengalu-galukan kepada anda diluar sana untuk turut serta menyertai dan merasai pengalaman hebat pendidikan bersama kami di sini.

Justeru, sebagai medium informasi penting laman ini digarap bagi memudahkan pengunjung mengenali MJIIBeranang dengan lebih dekat dalam segenap aspek dan bidang. Semoga laman ini menjadi pemangkin inspirasi, membuka ruang dan peluang untuk meneroka garapan ilmu di dunia dan akhirat  secara lebih komprehensif dan holistik.

Wassalam & Salam hormat,


 PENGARAH
 MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE BERANANG

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s