Piagam Pelanggan


MARA-Japan Industrial Institute berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan memberi tumpuan terhadap perkara-perkara berikut;

a) Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baru dalam tempoh masa dua (2) jam.

b) Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen pendaftaran lengkap diterima.

c) Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas Mesyuarat Senat BKT yang terakhir.

d) Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.

e) Membuat pembayaran tuntutan perjalanan kepada warga kerja dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

f) Memberi maklum balas kepada pertanyaan atau aduan bertulis dari pelajar dan ibubapa dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan atau aduan.

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s