Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

Kolej Kemahiran Tinggi MARABeranang' (KKTMBeranang) merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal(BKT) MARA. KKTMBeranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTMBeranang mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009.

          KKTMBeranang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menempatkan diri mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping melahirkan bakal-bakal usahawan.  

          Selaras dengan keperluan gunatenaga mahir negara, kewujudan KKTMBeranang memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana  program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini. Disamping mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan di kalangan pelajar dan juga warga kerja. Ini menjadikan KKTMBeranang lebih mantap dalam melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.

 Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama KKTMBeranang kepada MARA Japan Industrial Institute (MJII).

     Pautan luar:
icoikmkktm   upim          

Ikuti MJII di :          
blogmjii  icoface  ico5s