ETNIK & KEBUDAYAAN JEPUN DI MJII

Penerapan budaya Jepun dalam kalangan pelajar memberi pendedahan dan perkongsian mengenai budaya, cara kerja, makanan, pakaian, permainan serta kebudayaan masyarakat selain menggalakkan semangat berpasukan, keusahawanan dan kreativiti pelajar-pelajar di MJII dalam menguruskan penyertaan berpasukan.
Selain mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan dalam kalangan pelajar IPMa di MJII selaras dengan keperluan guna tenaga mahir negara Jepun. Ini juga adalah salah satu usaha untuk menyokong program pendidikan MARA ke arah membawa IPMa sebagai entiti cemerlang dan berprestasi tinggi.
TARIAN KEBUDAYAAN JEPUN OLEH PELAJAR MJII
DI PROGRAM SELAMAT PAGI MALAYSIA
DI PROGRAM SELAMAT PAGI MALAYSIA