PENCAPAIAN & KEJAYAAN

Image
ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC)

APACC adalah sebuah badan akreditasi dan pensijilan serantau yang ditubuhkan oleh kerajaan anggota Colombo Plan yang menyedari keperluan untuk menghadapi perubahan pesat dalam pasaran buruh dan kemahiran yang diajar dalam TVET. Akreditasi ini adalah tanda kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. MJII dianugerahkan Anugerah EMAS pada Mac 2019. Akreditasi yang sah selama empat tahun adalah sebagai pengiktirafan kepada penilaian pencapaian cemerlang MJII dalam semua 7 bidang yang mempunyai kualiti cemerlang dalam kategori Sokongan kepada Pelajar dan Sumber Manusia.

Image

QE/5S

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. MJII telah diaudit untuk amalan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sejak 2012 sehingga sekarang. Pada Mac 2019, MJII telah dianugerahkan dengan Anugerah Konsistensi untuk amalan dan pelaksanaan QE/5S. MJII dipilih sebagai salah satu penerima anugerah kerana berjaya mencapai lebih daripada 85% untuk keperluan standard Sistem Pengurusan Alam Sekitar Berkualiti selama 5 tahun berturut-turut.

Image

ISO (MS9001: 2015)

ISO 9001 adalah piawaian yang paling banyak digunakan dan diiktiraf untuk Sistem Pengurusan Kualiti di peringkat antarabangsa. Organisasi menggunakan standard ini untuk menunjukkan keupayaan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti secara konsisten, memenuhi keperluan pelanggan dan keperluan undang-undang yang berkenaan. Sejak 2019 hingga kini, MJII telah menyertai BKT untuk mencapai Sijil ‘Multiple Site’ MS ISO 9001:2015.

Image

MARA Ecosystem Quality Standarad (MQS)

Mara Ecosystem Quality Standard (MQS) adalah piawaian pengukuran budaya korporat, persekitaran yang kondusif dan kreativiti dan inovasi di semua pusat pentadbiran MARA. Pelaksanaan pensijilan MQS adalah untuk memastikan amalan 5S dipraktiskan oleh semua kakitangan MARA serta mematuhi peraturan keselamatan, kesihatan dan keselamatan pekerjaan. MJII telah berjaya memenuhi keperluan pensijilan MQS dan menerima pensijilan yang sah untuk tempoh dua (2) tahun bermula Mac 2018 dan akan terus melaksanakan pensijilan MQS di masa hadapan.

Image

STRIM (Star Rating in MARA Institutions)

Star Rating IPMa, atau Star Rating di Institusi MARA (STRIM) dilaksanakan di semua Institusi Pendidikan MARA. STRIM berhasrat untuk memastikan pengurusan aset dan kemudahan serta pengurusan pendidikan di IPMa dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan. Pengurusan aset dan kemudahan hendaklah mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam kebersihan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan. MJII telah dinilai dan mencapai 5 bintang.

Hubungi kami

MARA-Japan Industrial Institute,
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban,
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (03) 872 49344/ 55

  • Fax  +6 (03) 872 49275

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

© 2009-2023 by GPIUTMD

Ikuti kami di

© Copyright MJII 2023. Design & Development by UNIT IT
MJII tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search