KELAB & PERSATUAN

Kelab Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa sains dan teknologi global. Menguasai Bahasa Inggeris adalah cara untuk maju dalam semua industri. Oleh kerana itu, Kelab Bahasa Inggeris MJII bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang Bahasa Inggeris melalui persekitaran bahasa Inggeris yang akan membiasakan pelajar dengan pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan pembelajaran bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti sepanjang pengajian pelajar di MJII agar mereka dapat menikmati komunikasi yang lebih baik dengan dunia luar.
Image
Image

Kelab Usahawan Muda (MyBiz Club)

Kelab Keusahawanan diwujudkan bagi melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran tinggi dalam bidang elektronik bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor-sektor perindustrian, perdagangan dan perusahaan di samping mewujudkan bakal-bakal usahawan yang berjaya. Penubuhan kelab ini dilihat sangat wajar bagi menyokong matlamat melahirkan bakal-bakal usahawan yang berjaya dengan memberi pendedahan kepada pelajar dalam dunia keusahawanan yang sebenar dan mewujudkan jaringan di antara pelajar-pelajar MJII dengan syarikat-syarikat luar.

Kelab Silat

Kelab Silat MJII mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2015. Kelab ini terbahagi kepada dua iaitu Silat olahraga dan juga Silat Gayong. Selain itu, kelab ini juga pernah mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia menganjurkan Kejohanan silat peringkat Kebangsaan. Kelab ini bernaung di bawah payung PESAKA dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Setiap tahun juga pasukan Silat MJII akan menyertai pelbagai kejohanan di Seluruh Malaysia. Pasukan Silat MJII juga penah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan di Kejohanan Silat Terbuka Tangkak 2018 di KKTM Ledang dan Juara Keseluruhan di Kejohanan Silat Olahraga Terbuka Kebangsaan 2019 di MJII. Kelab ini juga berjaya melahirkan beberapa orang jaguh silat yang mewakili negeri ke sukan Malaysia (SUKMA). 
Image
Image

Kelab Plamodeller

Kelab MJII Plamodeller berteraskan hobi dalam Plastic Modelling atau Scale Modelling telah ditubuhkan dari tahun 2018. Plastic Modelling ataupun pemodelan kit plastik merupakan salah satu cabang pemodelan berskala kecil yang menggunakan bahan plastik yang menyerupai objek asal tetapi dalam skala yang lebih kecil. Model skala atau scale modelling banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, seni bina, seni perfileman dan sebagainya.

Kesatria

Antara objektif yang akan dicapai oleh pelajar di dalam kesatrian ini ia akan memberi pendedahan dan pembentukan minda serta personaliti diri pelajar agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta mengukuh kerjasama yang erat, semangat kesukarelaan yang tinggi dan komunikasi yang berkesan dalam organisasi dan komuniti. Selain itu, pelajar dapat memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme serta jati diri yang kental di dalam diri pelajar dan dapat menyuntik semangat serta daya tahan dan daya juang ke arah kekuatan rohani, jasmani, emosi dan intelek yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan agar menjadi pemimpin yang baik dalam sesuatu organisasi.
Image
Image

Rakan Musolla

Penubuhan Rakan Musolla sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan kecemerlangan modal insan dan sebagai medium mewujudkan hubungan yang lebih erat dan berkesan antara warga kerja dan warga pelajar dengan Surau Riyadus Solihin, MJII Beranang.
Objektif penubuhan RM adalah seperti berikut:-
1) Mengikat dan mewujudkan hubungan rasmi antara warga kampus MJII dengan surau.
2) Memakmurkan surau dengan solat berjemaah dan perkongsian ilmu.
3) Memupuk ukhuwah di kalangan warga kampus MJII.
4) Menyedarkan tanggungjawab setiap individu muslim.
5) Ke arah memartabatkan institusi ibadah sebagai pusat kecemerlangan.

Hubungi kami

MARA-Japan Industrial Institute,
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban,
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (03) 872 49344/ 55

  • Fax  +6 (03) 872 49275

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

© 2009-2023 by GPIUTMD

Ikuti kami di

© Copyright MJII 2023. Design & Development by UNIT IT
MJII tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search