Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang (KKTM Beranang) merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal(BKT) MARA. KKTM Beranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTM Beranang mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009.

          KKTM Beranang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menempatkan diri mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping melahirkan bakal-bakal usahawan.  

          Selaras dengan keperluan gunatenaga mahir negara, kewujudan KKTM Beranang memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana  program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini. Disamping mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan di kalangan pelajar dan juga warga kerja. Ini menjadikan KKTM Beranang lebih mantap dalam melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.
                Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama KKTM Beranang kepada MARA-Japan Industrial Institute (MJII).

Hubungi kami

MARA-Japan Industrial Institute,
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban,
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (03) 872 49344/ 55

  • Fax  +6 (03) 872 49275

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

© 2009-2022 by GPIUTMD

Ikuti kami di

© Copyright MJII 2022. Design & Development by UNIT IT
MJII tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search