Pertandingan World Skill Malaysia Belia

Pendaftaran menyertai pertandingan world skill malaysia belia (WSMB) 2015 bagi mewakili MJII telah dibuka kepada semua pelajar MJII yang memenuhi syarat di atas. Kepada pelajar yang berminat atau ingin mendapat maklumat lanjut boleh mendaftar nama di bilik pensyarah 1. Tarikh tutup pendaftaran : Jumaat, 16 Januari 2015 (minggu ke 3).

Pelajar yang layak mendaftar akan menjalani 2 sesi ujian saringan iaitu : i. Sesi ujian teori pada Jumaat, 23 Jan 2015 (minggu ke 4), jam 9-10 am di exam hall 2 (innovation room). ii. Sesi ujian praktikal pada Jumaat, 30 Jan 2015 (minggu ke 5), jam 8-12 pm di makmal elektronik workshop.

Pihak jawatankuasa pertandingan WSMB bercadang menghantar 4 orang wakil pelajar bagi menyertai pertandingan ke peringkat pra kelayakan (APRIL 2015) dan seterusnya ke peringkat akhir (OGOS/SEPTEMBER 2015). Tarikh tutup pendaftaran WSMB : 5 Februari 2015 (minggu ke 6).

Mohon kerjasama kepada semua staff untuk mewar-warkan, menghebahkan dan menggalakkan semua pelajar dibawah seliaan tuan/puan untuk menyertai agar dapat memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada pelajar yang mempunyai kemahiran yang unggul. Seterusnya dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Sensei MUHAMAD YUSUF ZULKEFLY 
Jabatan Mikroelektronik MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang

Ikuti MJII di :     
icoface icoface